Saturday 17 November 2012

TEMA: ALAM HIDUPAN (HAIWAN)


TOPIK: ALAM HAIWAN

Haiwan (atau juga istilah lain seperti binatang dan fauna), adalah salah satu daripada hidupan yang terdapat di alam semesta. Haiwan terdiri daripada yang mempunyai satu sel hinggalah kepada yang mempunyai banyak sel. Setiap spesis haiwan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Lihat gambarajah di bawah:


Terdapat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di bumi. Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama ada dari segi saiz, warna, habitat, tabiat pemakanan dan lain-lain lagi.

Ciri luaran haiwan:
Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri luaran yang tertentu yang membezakan satu jenis haiwan dengan haiwan yang lain. Ciri-ciri luaran ini biasanya dapat dilihat dari badan sesuatu haiwan.


                                Burung nuri mempunyai bulu pelepah yang berwarna-warni.

                             Orang utan mempunyai bulu yang cantik.

                             Gajah mempunyai belalai yang panjang.

                        Kura-kura mempunyai cangkerang yang keras.


Sudut interaktif:



TEMA: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


TOPIK: MARI MENGENAL KOMPUTER


Bahagian bahagian pada komputer

Sistem Unit (CPU): Adalah papan induk pemproses untuk meletakkan atau menyambungkan komponen komponen lain di dalam CPU mahu pun ke luar CPU. Di situ terdapat prosesor untuk memproses segala maklumat.

Monitor: merupakan sebuah peti layar seperti TV untuk kita melihat segala hasil kerja.

Papan Kekunci: Adalah komponen input untuk memasukkan data ke dalam komputer dan dipaparkan atas skrin monitor. Terdiri daripada huruf-huruf ABC, nombor dan beberapa kunci lain.

Tetikus: Iaitu bahagian yang melakukan pengawalan anak panah di skrin komputer sebagai alat untuk memilih sesuatu.

Speaker: Sebuah komponen yang mengeluarkan bunyi yang dihasilkan oleh komputer. 

 Sudut Interaktif:

 

TEMA: DUNIA DAN ALAM SEKELILING


TOPIK: BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

Di sekeliling kita terdapat benda hidup dan benda bukan hidup

Benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup juga melalui proses tumbesaran.

Benda bukan hidup ialah lain-lain perkara selain manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak dan tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.
Benda bukan hidup seperti sekolah, basikal dan pen.




                         Jadual 1: Benda Hidup & Benda Bukan Hidup


Ciri-Ciri Benda Hidup
 


                             Jadual 2: Ciri-Ciri Benda Hidup

SUDUT INTERAKTIF: